Thursday, April 14, 2011

Membuli Dugong dgn teruk

Oleh kerana si Dugong telah melayani aku dengan teruk,
aku menyuruh beliau menyiapkan aku sebuah assignment cinta.
Orang lain setakat bagi surat,kan?.
Mungkin pada kedengaran, aku ni queen control kerana telah memberi assignment yang sangat hina ini kepadanya.
Seolah2 aku ni lecturer, kan?

Format tugasan 'Dari DUGONG ke DUYONG'

1. Mesti ada COVER PAGE.
cover page tu aku nak mesti ada love2 ada bunga2. Tajuk, dari dugong ke duyong. kalau tulis nama betul, alhamdulillah markah lebih.. tapi takkan dia nk memalukan diri sendiri, ye tak?

2. Isi Kandungan
yaahhh. ko ingat ni apa? mesti la ada isi kandungan.

3. Jawapan kepada soalan.
Dimana soalan-soalan tersebut berbunyi begini
  • Senaraikan sebab-sebab kenapa dan mengapa si dugong tidak pernah mendengar masalah si duyong, dalam deskripsi yang padat dan senaraikan masalah-masalah beliau.
yahh.. aku teruk kan suruh si dugong tu buat macamni? tapi tak seteruk dia la tak jaga aku.
tak pernah ada waktu susah.

soalan yang kedua..

  • Bermula dari hari pertama si dugong berada di UMP, sama ada beliau berada dirumah atau di mana-mana tempat sekalipun, dalam jangka masa beliau menapak pada hari pertama di UMP sehingga sekarang, adakah beliau pernah keluar dengan perempuan lain, sama ada berkumpulan dan berdua- duaan?. jika pernah (mesti la pernah).. senaraikan dengan jelas bila, dimana, tujuan apa,, kenapa.
yahh. aku rasa seronok sangat bagi Dugong tu buat benda2 ni.
padan muka.
aku suruh ko blah ko tak nak blah kan?
ha buat la benda bodoh ni.

next, selain coverpage, isi kandungan... yela macam buat assignment la.. mesti ada PENGHARGAAN, PENDAHULUAN, PENUTUP dan LAMPIRAN kan?
bukan tu je..
banyak lagi aku suruh dia buat.

okay. PENGHARGAAN.
si dugong mesti menyatakan dalam sekurang2nya satu page penuh kenapa beliau menghargai si duyong dan tunjukkan sifat terimakasih si dugong kerana si duyong telah memberi peluang ke -5  pada si Dugong.
ke -5 ok?

so fair la kan aku bagi dia buat benda2 bodoh ni kan?

PENDAHULUAN pulakkk.........
si dugong mesti menceritakan sejarah PERCINTAAN (SHIT!!) antara si DUgong dan si Duyung,
Pendek kata, kesemua cerita.. kenangan manis dalam page lain..

PENUTUP PULAK,,
Dugoong perlu cerita pasal kenapa dia kena buat assignment bodoh ni dan mengapa diperlakukan begini dan beliau juga dialu2kan untuk menyatakan sifat ketidakpuas hati beliau kerana terpaksa menyiapkan tugasan ini.


okay... lastly LAMPIRAN.

untuk memastikan assignment ni tak sebodoh dari apa yang ternyata, OK. Dalam LAMPIRAN INI perlu ada ARTIKEL2 tentang tanggungjawab suami dan perkahwinan, bagaimana menjadi pendengar yang setia, dan bagaimana untuk mengesan si PENIPU. oh yeah.

dan tidak lupa pada dalil2 dan hadis nabi muhammad s.a.w..


dan juga sehelai karangan satu mukasurat penuh berserta font tak kisah saiz 12, "DENDAM DI MATRIX" 
tajuk yang agak dramatik, kan/
yelah si dugong selalu menjadikan itu sebagai satu isu. Apabila aku dilanda masalah, dia sering membangkit2 kan hal dendam beliau di matrix. aku pun xberapa faham apa la sangat yg didendam tu so aku tunggu je tugasan beliau siap ye.
Kalau ikut hati aku nanti, aku post la kat sini tugasan tu.

dan tidak lupa juga dalam lampiran ini termasuk juga satu page penuh karangan bertajuk "KENANGAN MANIS"
oh yeah.
apa lagi, mesti la kenangan manis kami,itupun kalau dia ingat lah
.Last but not least, Dugong mesti mencari sajak atau pantun cinta dan dilampirkan selepas coverpage. sekian terima kasih.


**********************************************************

So rasa-rasanya ada ke lelaki yang sanggup buat benda diatas tu?
Aku buat benda2 ni, ada la sebab kenapa.
Aku nak tengok betapa bersungguh2 nya si Dugong nak tambat hati aku balik..

**********************************************************

Seperti kata-kata pedih yang aku selalu hamburkan kepada beliau sejak aku memberi tugasan ini,

"Kalau U tak ikhlas nak buat 'assignment' yang bodoh ni takpe,
I tak kisah,
Sebab I memang dah tak nak U dah"

sekian.. 

No comments:

Post a Comment