Thursday, April 14, 2011

Membuli Dugong dgn teruk

Oleh kerana si Dugong telah melayani aku dengan teruk,
aku menyuruh beliau menyiapkan aku sebuah assignment cinta.
Orang lain setakat bagi surat,kan?.
Mungkin pada kedengaran, aku ni queen control kerana telah memberi assignment yang sangat hina ini kepadanya.
Seolah2 aku ni lecturer, kan?

Format tugasan 'Dari DUGONG ke DUYONG'

1. Mesti ada COVER PAGE.
cover page tu aku nak mesti ada love2 ada bunga2. Tajuk, dari dugong ke duyong. kalau tulis nama betul, alhamdulillah markah lebih.. tapi takkan dia nk memalukan diri sendiri, ye tak?

2. Isi Kandungan
yaahhh. ko ingat ni apa? mesti la ada isi kandungan.

3. Jawapan kepada soalan.
Dimana soalan-soalan tersebut berbunyi begini
  • Senaraikan sebab-sebab kenapa dan mengapa si dugong tidak pernah mendengar masalah si duyong, dalam deskripsi yang padat dan senaraikan masalah-masalah beliau.
yahh.. aku teruk kan suruh si dugong tu buat macamni? tapi tak seteruk dia la tak jaga aku.
tak pernah ada waktu susah.

soalan yang kedua..

  • Bermula dari hari pertama si dugong berada di UMP, sama ada beliau berada dirumah atau di mana-mana tempat sekalipun, dalam jangka masa beliau menapak pada hari pertama di UMP sehingga sekarang, adakah beliau pernah keluar dengan perempuan lain, sama ada berkumpulan dan berdua- duaan?. jika pernah (mesti la pernah).. senaraikan dengan jelas bila, dimana, tujuan apa,, kenapa.
yahh. aku rasa seronok sangat bagi Dugong tu buat benda2 ni.
padan muka.
aku suruh ko blah ko tak nak blah kan?
ha buat la benda bodoh ni.

next, selain coverpage, isi kandungan... yela macam buat assignment la.. mesti ada PENGHARGAAN, PENDAHULUAN, PENUTUP dan LAMPIRAN kan?
bukan tu je..
banyak lagi aku suruh dia buat.

okay. PENGHARGAAN.
si dugong mesti menyatakan dalam sekurang2nya satu page penuh kenapa beliau menghargai si duyong dan tunjukkan sifat terimakasih si dugong kerana si duyong telah memberi peluang ke -5  pada si Dugong.
ke -5 ok?

so fair la kan aku bagi dia buat benda2 bodoh ni kan?

PENDAHULUAN pulakkk.........
si dugong mesti menceritakan sejarah PERCINTAAN (SHIT!!) antara si DUgong dan si Duyung,
Pendek kata, kesemua cerita.. kenangan manis dalam page lain..

PENUTUP PULAK,,
Dugoong perlu cerita pasal kenapa dia kena buat assignment bodoh ni dan mengapa diperlakukan begini dan beliau juga dialu2kan untuk menyatakan sifat ketidakpuas hati beliau kerana terpaksa menyiapkan tugasan ini.


okay... lastly LAMPIRAN.

untuk memastikan assignment ni tak sebodoh dari apa yang ternyata, OK. Dalam LAMPIRAN INI perlu ada ARTIKEL2 tentang tanggungjawab suami dan perkahwinan, bagaimana menjadi pendengar yang setia, dan bagaimana untuk mengesan si PENIPU. oh yeah.

dan tidak lupa pada dalil2 dan hadis nabi muhammad s.a.w..


dan juga sehelai karangan satu mukasurat penuh berserta font tak kisah saiz 12, "DENDAM DI MATRIX" 
tajuk yang agak dramatik, kan/
yelah si dugong selalu menjadikan itu sebagai satu isu. Apabila aku dilanda masalah, dia sering membangkit2 kan hal dendam beliau di matrix. aku pun xberapa faham apa la sangat yg didendam tu so aku tunggu je tugasan beliau siap ye.
Kalau ikut hati aku nanti, aku post la kat sini tugasan tu.

dan tidak lupa juga dalam lampiran ini termasuk juga satu page penuh karangan bertajuk "KENANGAN MANIS"
oh yeah.
apa lagi, mesti la kenangan manis kami,itupun kalau dia ingat lah
.Last but not least, Dugong mesti mencari sajak atau pantun cinta dan dilampirkan selepas coverpage. sekian terima kasih.


**********************************************************

So rasa-rasanya ada ke lelaki yang sanggup buat benda diatas tu?
Aku buat benda2 ni, ada la sebab kenapa.
Aku nak tengok betapa bersungguh2 nya si Dugong nak tambat hati aku balik..

**********************************************************

Seperti kata-kata pedih yang aku selalu hamburkan kepada beliau sejak aku memberi tugasan ini,

"Kalau U tak ikhlas nak buat 'assignment' yang bodoh ni takpe,
I tak kisah,
Sebab I memang dah tak nak U dah"

sekian.. 

Wednesday, April 13, 2011

Katakan BABAI pada cinta

Ok. tajuk macam LAME je.
Aku ada cerita.
Beberapa hari yang lepas, tika aku masih ada seorang lelaki yang digelar bOifren,
aku telah meninggalkakn dia.
Dan buat pertama kali aku rasa sangat2 tenang sebab dia dah tak ada.
dah tak ada orang yang buat kepala aku kusut.
dah tak ada orang buat aku kemutt...opss. bahahaha
ok.
stop.
Aku sangat tak suka ,sangat2 rimas, sangat2 menyampah dengan si Dugong tu.
Yes aku kena admit yang dia baik sebab tak pernah curang. Mana aku tau dia tak pernah curang?
Sebab dia cakap macamtu.
tapi instinct aku kuat.
Pada suatu hari dia bersumpah..
"I bersumpah i tak ada jumpa, terserempak, bercakap,tertegur, dengan mana-mana perempuan pada hari khamis dan jumaat haritu"
oh wow, baik gile lah mamat ni sanggup bersumpah macmtu sekali.

weh ko ingat aku ni bodoh sangat ke nk percaya sumpah kau tu?

dua hari selepas tu, Dugong tu baru balik dari camping, aku bukak akaun FB dia. Ada perempuan gedik2 punya ayat nak pinjam buku. ok. pinjam buku je. bukan bnda besa.Tup tup rupanya Dugong dah bagi pinjam hari jumaat tu. 
So kesimpulannya, pandai bersumpah tapi macam sampah.

Aku tak kisah la beb Dugong tu bagi pinjam buku ke ape ke? Tapi perlu ke dia bersumpah bagai nak gila last2 ada gak terserempak dengan perempuan pada hari jumaat.
Senang2 buat sumpah.
tapi rupa2nya ada juga terserempak.
siap bg pinjam buku.
Hey dugong,
AKu tak kisah la kau nak bagi pinjam buku ke nk melepak ke, tapi perlu ke nak buat sumpah macamni? 
"I bersumpah i tak ada jumpa, terserempak, bercakap,tertegur, dengan mana-mana perempuan pada hari khamis dan jumaat haritu"

pehhh.
lepastu kau mati2 tak nak ngaku.
Kau memang penipu besar la.
Dah blah la dari hidup aku!

Kadang2 aku rasa macam bercinta dgn orang gila pun ada.

Dah banyak kali dah aku ada masalah, i mean masalah2 besar macam gaduh dgn famili, ada problem dgn housemate, stress ,(Oh jangan pandang remeh pada stress ok?)
tapi.. setiap kali aku ada masalah dan aku perlu seseorang untuk mengadu, untuk comfort diri aku,, aku cuba luahkan semua pada si Dugong.
Reaksi si Dugong ialah, memaki hamun aku bagai nak gila.
Padahal,
Aku cuma nak cerita masalah aku.
Bukan sekali ok dia buat macamtu.
Bukan sekali.
Tapi BANYAK KALI.
Sampai aku rasa naik fed up.
Sampai aku rasa aku ni bercinta dengan orang gila.
Dugong tu suka mengaibkan aku depan orang ramai..contohnya
"U, berus dawai ni gunanya nak bersihkan 'bawah' u"
beliau mengeluarkan statement itu dikhalayak ramai, semasa orang sibuk membeli barang murah di satu kaunter. Dan aku perasan ada dua tiga orang mamat menjeling kearahku selepas Dugong itu membuat statement itu.
So then Dugong says SORRY. OK. takpe. Aku maafkan.
Tapi lepas kejadian tu he keeps embarassing me.
Macam seolah2 aku ni tak ada maruah.

Bila aku keluar dengan orang lain, baru la terhegeh2 nak marah, nak tunjuk yang kononnya kau caring.
OH. Bila dah cemburu baru la kau nak CARING?
takut aku hilang ea?
Eh!
Aku memang dah lama hilang la!

Dan kesimpulannya. Yeah. Aku rasa aku memang bercinta dgn orang gila.


Thursday, April 7, 2011

Hai aku Fatin, kau?

Yeah. Seronok rasanya buat blog kali ke ..tiga kot? bahahahahha!!
Aku dah padam kedua dua blog pertama aku sebab blog tu ketahuan oleh pacarku. Pacar? bhahaha ah persetan itu semua. Mengongkong nak mampus. Main komen2 kat FACEBOOK dengan kengkawan pon dah memekak.
huh.
tolong lah beb. Aku hidup ni bukan dengan kau je. Aku ader life jugak. Cukup ler kat rumah aku ni jadi orang gila. (pasal rumah ni nanti2 aku cerita).. stress pulak aku bila sebut pasal rumah.
APA? RUMAHKU SYURGAKU? hahahAHHAHAHAhahahaHAHAH go to hell.
Tak semua famili bahagia. Tak semua famili sama. Ok. Cuba luaskan pemikiran tu sket. Semua benda berbeza ok tak semua sama... ah. lantak lahh korang nk condemn apa.
Ok stop.
Siapa aku?
Nama aku Fatin Farhana. Kalau pada first impression orang lah en, orang akan cakap aku ni sombong...sombong disebabkan muka aku yang ketat dan stress. Kenapa muka aku macamtu? Banyak faktor dan faktor utama berpunca dari RUMAH.

"..kalau kau mempunyai seorang MAK, seorang AYAH, dan dua orang adik LELAKI, dan kau tak happy dalam famili kau. kenapa kau tak happy?. kenapa kau tak bahagia sedangkan ada sebuah keluarga yang lengkap? ada mak,ada ayah. Orang lain ramai yang xde MAK, xde AYAH sedangkan kau ada semua lengkap. Tak bersyukur kah kau?
Ataupun pengaruh rakan sebaya?
Atau diri sendiri kau yang bermasalah?"


brief explanation coming soon..............................